STEM DAY di UNIKL MITEC, Masai

20 Julai 2017 – Pendaftaran ahli PPSMJ di STEM Day di UNIKL MITEC, Seri Alam Johor.

Disamping guru-guru menghantar pelajar mereka untuk mengikuti aktiviti di hari STEM Education ini, mereka juga berkesempatan untuk mendaftarkan diri di booth khas PPSMJ.

Computational Thinking

Rabu (31 Mei 2017)- Computational Thinking Session telah dikongsikan oleh Dr Corrienna Abdul Talib ahli RG SME. peserta sharing session adalah pensyarah Fakulti Pendidikan. kredit gambar: En Fuad Ahmad, Jurugambar Fakulti Pendidikan.

 

Eksplorasi STEM

21 Mei 2017 (Ahad): Ahli RG SME telah terlibat dalam program Eksplorasi STEM hasil kerjasama dengan Fakulti Sains, UTM, serta MBJB. RG SME telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan checkpoint Pythagoras Corner dengan Mini Orchestra. Kredit gambar: En Fuad Ahmad, Jurugambar Fakulti Pendidikan

 

Kolokium Sains dan Matematik

Pelaksanaan STEM dalam Pendidikan Sains dan Matematik di Malaysia

10 April 2017- Pn Lanita Md Yusuf pegawai daripada Kementerian Pendidikan Malaysia telah dijemput untuk menyampaikan kolokium RG SME. Beliau telah mendedahkan kepada para hadirin model pendidikan STEM, Module STEM yang sedang dibangunkan oleh Kementerian serta isu-isu dalam pendidikan STEM. Ahli RG SME amat berterima kasih dengan usaha beliau untuk memberi ilmu kepada pensyarah, guru  serta pelajar tentang Pendidikan STEM di Malaysia.

Karnival STEM Kluang

Pada tarikh 10/4/2017 (Ahad), Pensyarah RG SME berada seharian di SMK Seri Intan untuk menyokong dan memeriahkan lagi Karnival STEM Kluang. Karnival ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar serta masyarakat umum tentang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik). Karnival ini telah dirasmikan oleh  Yang Berhomat Hj Md Jais bin Hj Sarday, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, merangkap ketua UMNO bahagian Kluang. Pensyarah RG SME telah diberi kesempatan untuk menunjolkan produk inovasi serta aktiviti STEM kepada beliau serta para hadirin. Kehadiran para pensyarah bersama produk dan aktiviti telah diterima oleh pelajar, masyarakat, guru dan pengetua dengan amat besar hati. Berikut adalah beberapa paparan sekitar program tersebut.