Karnival STEM Kluang

Pada tarikh 10/4/2017 (Ahad), Pensyarah RG SME berada seharian di SMK Seri Intan untuk menyokong dan memeriahkan lagi Karnival STEM Kluang. Karnival ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar serta masyarakat umum tentang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik). Karnival ini telah dirasmikan oleh  Yang Berhomat Hj Md Jais bin Hj Sarday, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, merangkap ketua UMNO bahagian Kluang. Pensyarah RG SME telah diberi kesempatan untuk menunjolkan produk inovasi serta aktiviti STEM kepada beliau serta para hadirin. Kehadiran para pensyarah bersama produk dan aktiviti telah diterima oleh pelajar, masyarakat, guru dan pengetua dengan amat besar hati. Berikut adalah beberapa paparan sekitar program tersebut.

 

Speak Your Mind

*