Wacana Ilmu Kerdipan Bintang Melayu di Langit Turki

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, 14 JUN 2015- CFiRST dengan kerjasama Misbah Ilmu Sdn Bhd telah menganjurkan Wacana Ilmu Kerdipan Bintang Melayu di Langit Turki yang berkonsepkan program Bedah Buku bersama Prof. Madya Dr. Mat Rofa Ismail yang juga merupakan penulis buku “Kerdipan Bintang Melayu di Langit Turki”. Program yang diadakan di Dewan Senat UTM Johor Bahru ini telah mencapai sasaran apabila lebih 100 orang hadir yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Program ini telah berlangsung bermula jam 9.00 pagi apabila hadirin mula memenuhi ruang dewan, kemudian telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Farahwahida Mohd Yusof selaku Pengarah Program ini yang merupakan Timbalan Pengarah CFiRST. Wacana Ilmu ini menampilkan Ustaz Rohidzir Rais sebagai moderator dan Prof Madya Dr. Mat Rofa sebagai pembentang yang mana bertujuan membongkar segala .

Antara pengisian menarik yang telah diceritakan oleh PM Dr Mat Rofa mengenai usaha dan peranan penting yang dimainkan oleh Syeikh Ahmad al-Fatani dalam usaha kemerdekaan Tanah Melayu dan juga sebagai duta peribadi Khalifah Uthmaniyah; hubungan Khilafah Uthmaniyah dengan masyarakat Melayu; sumbangan ilmuan Islam khususnya berkaitan sains dan teknologi yang membawa kepada Renaissance Eropah; serta kajian etnografi Melayu dan Turki. Seterusnya, maklumat berkaitan sejarah perkembangan tamadun Islam khususnya berkaitan masyarakat Melayu dan kaitannya dengan Khilafah Uthmaniyah. Sepertimana tajuk buku ini, ia menonjolkan lebih penumpuan kepada sumber manuskrip Melayu berbanding Turki – Uthmaniyah.

Program berakhir pada jam 12.30 tengah hari selepas upacara penyampaian cenderamata kepada panel pembentang dan moderator.