Simposium Kebangsaan Fiqh Sains dan Teknologi (2009)

Simposium yang diadakan pada 22 – 23 DzulHijjah 1430 (10 – 11 Disember 2009) adalah simposium pertama peringkat kebangsaan ini dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Fiqh Sains dan Teknologi (CFiRST UTM).

Simposium yang bertempat di Hotel Grand Paragon, Johor Bahru merupakan inisiatif bagi menyediakan satu platform untuk para cendekiawan Islam membincangkan isu-isu Sains dan Teknologi dari perspektif Fiqh dan Islam.

Simposium ini telah membuka peluang kerjasama saintifik antara agensi dan individu di peringkat kebangsaan untuk berkongsi penemuan berkenaan aktiviti-aktiviti dalam bidang Fiqh Sains dan Teknologi.

Objektif simposium ini :

  1. Mewujudkan hubungan kerjasama serta rangkaian penyelidikan di kalangan pakar, ilmuan, penyelidik, profesional, golongan korporat dan aktivis Fiqh Sains dan Teknologi berhubung isu – isu semasa.
  2. Menyebarkan maklumat berguna dalam aktiviti-aktiviti sains dan teknologi berlandaskan prinsip-prinsip fiqh.
  3. Menjadi wadah bagi para pakar membincangkan kaedah dan hala tuju penyelidikan berkaitan isu-isu saintifik Fiqh Sains dan Teknologi.
  4. Menggalakkan penyelidikan dalam Fiqh Sains dan Teknologi untuk diketengahkan dalam masyarakat.
  5. Mengenalpasti skop dan corak penyelidikan yang sesuai bagi penyelidik untuk diketengahkan kepada masyarakat dan golongan profesional.

Pembentang kertas kerja utama simposium ini ialah :

  1. Mahmood Zuhdi Haji Ab. Majid, Profesor Dato’ Paduka Dr.
  2. Wan Mohamad Bin Sheikh Abdul Aziz, Dato’ Haji.
  3. Nik Mustapha bin Nik Hassan, Datuk.
  4. Zaini Ujang, Prof. Dato’ Ir. Dr.
  5. Mohd Yusof Haji Othman, Prof. Dato’ Dr.
  6. Abdullah Fahim A. Rahman, Tn. Hj.
  7. M. Tahrir bin Kiyai Samsudin, Dato’ Hj.

Antara tajuk kertas kerja utama yang dibentang dalam simposium ini ialah :

  1. Peranan penyelidikan dalam penyelesaian masalah Fiqh, Sains, dan Teknologi
  2. Isu-isu semasa dalam Fiqh, Sains dan Teknologi (halal sains)
  3. Peranan CFiRST dalam menangani isu-isu Fiqh, Sains dan Teknologi
  4. Cabaran mengeluarkan fatwa dalam era sains dan teknologi
  5. Fiqh Malaysia : isu sains dan teknologi
  6. Cabaran dalam kajian sains berteraskan Fiqh
  7. Ekonomi halal dalam pasaran global
  8. Kaedah dan perlaksanaan hub halal di Malaysia

Lebih kurang 300 peserta menyertai simposium ini yang terdiri dari :

  1. Ahli-ahli akademik IPTA/S serta para pelajar peringkat pasca-siswazah
  2. Para pegawai daripada  Jabatan Mufti Negeri, Majlis Agama Islam Negeri
  3. Syarikat swasta dan kumpulan profesional yang terlibat dalam bidang pengurusan sains dan teknologi.