Pertemuan Bahagian Pengurusan Fatwa JAKIM Dengan Naib Canselor (2014)

Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Y.Bhg. Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj. Husin, barisan kepimpinan tertinggi Bahagian Pengurusan Fatwa, JAKIM dengan diiringi Penyelidik Tetap CFiRST telah mengadakan pertemuan dengan pihak Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia, Prof. Ir. Dr. Wahid bin Omar pada 24 Rabiul Awal 1435 bersamaan 26 Januari 2014 (Ahad).

Pertemuan berkenaan bertujuan membincangkan tentang kerjasama penyelidikan antara pihak Pengurusan Fatwa JAKIM dengan UTM serta membincangkan peluang kerjasama penyelidikan berasaskan sains dan teknologi demi kesejahteraan ummah.

Sesi pertemuan berkenaan telah membuka ruang baru kepada pihak Pengurusan Fatwa JAKIM dan UTM dalam meneroka bidang penyelidikan bersama.

Sesi tersebut diakhiri dengan susulan kertas kerja cadangan penyelidikan dari pihak UTM, khususnya CFiRST.

Lihat gambar sesi pertemuan berkenaan di sini