PERBINCANGAN AWAL KERJASAMA ANTARA CFiRST UTM DENGAN JABATAN MUFTI SABAH

Untitled

Kota Kinabalu, Sabah. 05hb Mac 2015 – Bertempat di Pejabat Mufti Sabah, pihak Pusat Penyelidikan Fiqh Sains & Teknologi (CFiRST), Universiti Teknologi Malaysia telah mengadakan pertemuan dengan Yang Berhormat Mufti Sabah iaitu Sohibus Samahah Dato’ Bongsu @  Aziz Bin Haji Jaafar.

Tujuan utama perbincangan ini adalah berkenaan kerjasama strategik penyelidikan isu kefatwaan di Sabah dengan pihak CFiRST.

Perbincangan turut berkisar kepada perancangan menandatangani memorandom persefahaman (MoU) antara CFiRST, UTM, dengan pihak Jabatan Mufti Sabah.