Pengarah CFiRST di TV1

Untitled

KUALA LUMPUR, 03 November – Pihak JAKIM dan RTM telah mengundang Pengarah CFiRST, PM. Dr. Arieff Salleh bin Rosman untuk membincangkan topik “Mati Syahid dan Jihad Dalam Islam” dalam rancangan bual bicara “Persada Jurnal” yang bersiaran jam 06.20pm – 06.50pm di RTM TV1.

Turut serta dalam rancangan bual bicara berkenaan ialah Ustaz Mohamad Zarifi Bin Haji Mohamad Daud, selaku pengacara rancangan.

Tumpuan utama perbincangan rancangan ini ialah berkenaan pandangan Islam kepada mati syahid, berperang, dan jihad yang masih terdapat kekeliruan dalam kalangan umat Islam hari ini.

Rakaman rancangan berkenaan boleh dilihat di sini.