Pemurnian Laporan Penyelidikan Tahap Kepuasan Pelanggan Jabatan Kehakiman Mahkamah Syariah Negeri Johor

DSC_0012

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, 08 September 2014 – Pihak CFiRST telah mengadakan Bengkel “Pemurnian Laporan Penyelidikan Tahap Kepuasan Pelanggan Jabatan Kehakiman Mahkamah Syariah Negeri Johor” bertempat di Dewan Marbawy, Universiti Teknologi Malaysia bermula 08 September 2014 (Isnin) – 09 September 2014 (Selasa).

Bengkel ini dikendalikan oleh ketua projek iaitu Dr. Tamar Jaya Nizar dari CFiRST.

Bengkel ini bertujuan memurnikan dan melengkapkan Laporan Penyelidikan Tahap Kepuasan Pelanggan Jabatan Kehakiman Mahkamah Syariah Negeri Johor.

Diharapkan bengkel ini adalah permulaan kepada pelaksanaan penyelidikan tahap kepuasan pelanggan mahkamah Syariah bagi negeri-negeri di Malaysia.

Lihat koleksi gambar di sini