Pembentangan Cadangan Troli Wudhu di PUSRAWI

KUALA LUMPUR, 03 Jun – Pada Selasa, jam 2.00pm, bertempat di Dewan Seminar, Hospital PUSRAWI, Jalan TunRazak, Kuala Lumpur, pihak CFiRST diketuai oleh Dr.Tamar Jaya Nizar, dengan disertai En.Shahrel Ahmad (RO), En. Syabil Sulaiman (RA), dan En. Azrin Samion (RA) telah membentangkan cadangan awalan projek troli wudhu.

Troli wudhu berkenaan dicadangkan sebagai memudahkan para pesakit yang sukar ke bilik air untuk mengambil wudhu di katil dengan bantuan troli wudhu berkenaan.

Walaupun projek berkenaan masih di peringkat cadangan awalan, namun demikian pihak CFiRST banyak menerima input positif dari pihak PUSRAWI bagi menambah baik troli wudhu berkenaan.

DSC_0013