Pembentangan Cadangan Troli Wudhu (2014)

troli_wudhu-01

JOHOR BAHRU, 08 April – Pada Selasa, jam 2.00pm, bertempat di Bilik Mesyuarat, Bangunan Pentadbiran Hospital Sultanah Aminah (HSA), pihak CFiRST diketuai oleh Dr.Tamar Jaya Nizar, dengan disertai En.Shahrel Ahmad (RO), En. Syabil Sulaiman (RA), dan Pn. Fadilah Ismail (RA) telah membentangkan cadangan awalan projek troli wudhu.

Troli wudhu berkenaan dicadangkan sebagai memudahkan para pesakit yang sukar ke bilik air untuk mengambil wudhu di katil dengan bantuan troli wudhu berkenaan.

Walaupun projek berkenaan masih di peringkat cadangan awalan, namun demikian pihak CFiRST banyak menerima input positif dari pihak HSA bagi menambah baik troli wudhu berkenaan.

Lihat gambar sekitar sesi pembentangan tersebut.