Festival Inovasi dan Kreativiti (2012)

CFiRST dan FTI telah menyertai Festival Inovasi dan Kreativiti UTMost Imagination 2012 yang telah diadakan pada 29 Mac sehingga 1 April 2012 di Padang Kawad UTM. Antara produk yang dipamerkan adalah seperti Laman Web Interaktif Subjek KAFA, Perisian Ibadat Haji dan Perisian Ibadat Haji menggunakan iPhone.

CFiRST juga menyediakan tayangan video “1001 Invention” yang mana menceritakan tentang ketamadunan Islam. Kuiz disediakan kepada para peserta untuk mengukur sejauhmana kefahaman mereka terhadap video yang ditonton. Cenderahati telah diberikan kepada mereka yang berjaya dalam kuiz tersebut.