Sejarah Penubuhan

Universiti Teknologi Malaysia mengambil inisiatif dalam memperkasa dan memperkukuhkan dasar-dasar kerajaan untuk memartabatkan Islam di negara ini.

Perlaksanaan dasar-dasar kerajaan perlu berlandaskan penyelidikan ilmiah lantaran ia melambangkan cetusan kebijaksanaan dan hikmah. Ruang dan peluang memartabatkan Islam dalam sistem pentadbiran dan pembangunan masyarakat secara menyeluruh boleh memberi impak besar kepada pembangunan negara dan ummah.

Justeru Pusat Penyelidikan Fiqh Sains dan Teknologi (CFiRST) UTM ditubuhkan pada 21 Mei 2009. Pusat ini ditubuhkan bagi mengendalikan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) di samping menjadi pusat rujukan untuk menyelesaikan permasalahan umat pada zaman moden yang berasaskan fiqh, sains dan teknologi.