Aluan Pengarah

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan Iradah dan Rahmat-Nya, pihak Universiti Teknologi Malaysia telah berjaya menubuhkan sebuah lagi pusat kecemerlangan untuk menjalankan aktiviti penyelidikan dan perundingan dalam bidang Fiqh serta keterlibatan disiplin ilmu sains dan teknologi.

Pusat Penyelidikan Fiqh Sains dan Teknologi atau dikenali sebagai CFiRST telah ditubuhkan pada 21hb Mei 2009 dengan mempunyai enam(6) ahli penyelidik, seorang(1) felo kehormat, dan dikendalikan oleh beberapa orang staf pentadbiran. Dengan kewujudan CFiRST di UTM ini, secara tidak langsung dapat mewujudkan kerjasama dengan fakulti-fakulti lain khususnya Fakulti Tamadun Islam dalam menjalankan sebarang aktiviti penyelidikan, wacana ilmu, seminar dan aktiviti ilmiah.

Saya berharap agar bidang penyelidikan dapat dijadikan satu budaya dalam kalangan ahli akademik di UTM khususnya, bersesuaian dengan penurunan al-Quran kepada manusia yang sentiasa mencabar akal agar menerokai ilmu baru melalui penyelidikan.

ARIEFF SALLEH BIN ROSMAN, Prof. Madya, Ph.D.
+6075536444
aswar@utm.my