Mengenai CFiRST

Universiti Teknologi Malaysia mengambil inisiatif dalam memperkasakan dan memperkukuhkan dasar-dasar kerajaan untuk memartabatkan Islam di negara ini.

Perlaksanaan dasar-dasar kerajaan perlu berlandaskan penyelidikan ilmiah yang melambangkan cetusan hikmah dan kebijaksanaan. Ruang dan peluang memartabatkan Islam dalam sistem pentadbiran dan pembangunan masyarakat secara menyeluruh boleh memberi impak tinggi kepada pembangunan ummah dan negara.

Justeru, penubuhan Pusat Penyelidikan Fiqh Sains dan Teknologi (CFiRST) di bawah naungan Research Alliance K-Economy UTM adalah untuk menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) di samping menjadi pusat rujukan dalam menyelesaikan permasalahan ummah.

Pusat Penyelidikan Fiqh Sains dan Teknologi (CFiRST) merupakan salah satu pusat kecemerlangan (COE) di UTM ditubuhkan secara rasmi pada Mei 2009 dan beroperasi di Bangunan S45 Universiti Teknologi Malaysia.

CFiRST menjadi tempat rujukan para ilmuwan berkaitan fiqh, syariah, perundangan Islam, akidah Islam, psikologi Islam dan lain-lain lagi. CFiRST merupakan salah satu COE yang menjalankan penyelidikan berkaitan ilmu dalam al-Quran yang disokong oleh pembuktian sains.

Penyelidikan berkaitan ilmu al-Quran tidak akan tamat malah akan sentiasa berkembang oleh penemuan demi penemuan yang tersirat di dalamnya.

VISI
Menjadi pusat kecemerlangan penyelidikan Fiqh Sains dan Teknologi
MISI
Menerajui penyelidikan inovatif bersifat merentas disiplin untuk
kesejahteraan manusia sejagat.
MOTO
Iman dan Istiqamah