Majlis Iftar CFiRST

IMG-20140702-WA0016

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI. 01 Julai 2014 – Pihak CFiRST telah mengadakan majlis berbuka puasa (iftar) peringkat jabatan pada hari ketiga Ramadhan 1435H.

Semua staf akademik dan staf pengurusan termasuk staf penyelidikan beserta keluarga masing-masing telah terlibat dengan majlis iftar berkenaan.

Majlis bermula jam 6.30pm dengan gotong-royang mengemas Dewan Al-Marbawy, tempat di mana majlis diadakan.

Setelah selesai berbuka puasa dengan menu utama nasi bukhari serta kuih-muih yang disediakan secara ‘potluck’, semua pihak yang hadir menunaikan solat Maghrib berjemaah berimamkan Pengarah CFiRST, iaitu Dr. Arief Salleh Rosman.

Majlis diakhiri dengan sesi membungkus juadah untuk dibawa balik sebagai ‘berkat’ majlis iftar.

Diharapkan majlis berkenaan berjaya mencapai matlamat utamanya iaitu merapatkan ukhwwah sesama ahli CFiRST dan anggota keluarga.

Lihat di Facebook CFiRST