Lawatan Tapak Dobi Halal

dobi-halal-01

LARKIN, JOHOR BAHRU, 26 Februari – Pihak CFIRST diketuai PM. Dr. Farahwahida, dengan disertai Dr. Tamar Jaya, Dr. Siti Norlina dan En. Shahrel Ahmad (RO), telah mengadakan lawatan tapak ke dobi Cadialaundry, di Taman Larkin Idaman, Johor Bahru.

Turut serta dalam lawatan berkenaan ialah pihak Innovation and Commercialisation Centre, UTM.

Tujuan lawatan berkenaan adalah sebagai kerjasama antara pihak CFiRST, ICC UTM (http://www.icc.utm.my/), dan Cadialaundry (cadialaundry@yahoo.com) bagi merintis projek dobi halal yang mendapat pengiktirafan dari pihak JAKIM.

Pihak CFiRST telah dilantik sebagai perunding halal (proses samak dalam cucian dobi Cadialaundry) bagi menetapkan garis panduan sijil dobi halal pertama di Malaysia.

Diharapkan lawatan berkenaan adalah sebagai langkah awalan ke arah penetapan status halal bagi pengusaha dobi.

Lihat gambar