Lawatan Pihak OSHE UTM ke CFiRST

OSHE-01

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, 06 April – Unit Persekitaran, Keselamatan, dan Kesihatan Pekerja (OSHE UTM) telah mengadakan lawatan dan taklimat berkaitan keselamatan bangunan di CFiSRT yang merangkumi Bangunan S45.

Lawatan berkenaan turut dihadiri oleh wakil bahagian Keselamatan UTM dan Pusat Kesihatan UTM.

Lawatan dimulakan pada jam 9.00am oleh pihak OSHE dengan taklimat keselamatan bangunan dan diikuti taklimat oleh unit Keselamatan berkaitan keselamatan persekitaran.

Seterusnya pihak CFiRST yang diketuai oleh Dr.Tamar Jaya Nizar selaku ketua unit OSHE CFiRST membawa wakil unit OSHE UTM dan wakil bahagian Keselamatan UTM untuk lawatan sekitar bangunan CFiRST (S45).

Pihak CFiRST mengharapkan hasil taklimat dan lawatan berkenaan meningkatkan lagi keselesaan dan keselamatan khusus kepada warga kerja CFiRST serta para tetamu CFiRST.

Lihat gambar