Kunjungan Hormat Majlis Fatwa Kebangsaan JAKIM ke CFiRST (2013)

kunjungan hormat jfk ke cfirst

Pada 17 Rejab 1434H, bersamaan 27 Mei 2013 (Isnin), Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan JAKIM, Y.Bhg. Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj. Husin diiringi oleh barisan kepimpinan tertinggi Bahagian Pengurusan Fatwa JAKIM telah mengadakan kunjungan hormat ke CFiRST.

Kunjungan hormat berkenaan bertujuan membincangkan tentang penyelidikan terkini di CFiRST di samping meninjau potensi kerjasama penyelidikan.  Sesi perbincangan tersebut turut melibatkan beberapa kolaborator dalaman CFiRST iaitu wakil dari Vicubelab (Fakulti Komputeran UTM), Fakulti Pendidikan, Fakulti SainsFakulti Kejuruteraan Kimia dan beberapa Pusat Kecemerlangan UTM yang lain.

Sesi kunjungan hormat dan perbincangan yang diadakan telah membuka ruang baru kepada para penyelidik yang hadir dalam meneroka bidang dan tren terkini isu penyelidikan yang boleh dibiaya oleh pihak Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan.

Sesi tersebut diakhiri dengan susulan proposal penyelidikan daripada pelbagai pihak yang hadir dan sesi fotografi.