Lawatan CFIRST ke Servco Resources SB

IMG-20140618-WA0005

PUNCAK ALAM, SELANGOR. 17 Jun 2014 – Pihak CFiRST diketuai oleh PM Dr. Farahwahida Mohd Yusof telah berkunjung ke Syarikat SERVCO (http://servco.com.my) di Puncak Alam, Selangor.

Antara ahli CFiRST yang terlibat adalah Dr. Tamar Jaya bin Nizar dan En. Shahrel Ahmad bin Shuhel Ahmad.

Sementara itu, Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC) UTM (http://www.icc.utm.my/) diwakili En. Zhafri yang juga terlibat sama dalam kunjungan ini.

Tujuan kunjungan ini diadakan adalah untuk membincangkan tentang potensi kolaborasi antara dua (2) buah institusi dalam pembangunan Troli Wuduk (Ablution Smart Trolley) supaya dapat digunakan oleh hospital seluruh Negara.

Di samping itu, pihak CFiRST juga telah dibawa melawat ke kawasan kilang pembuatan untuk melihat sendiri kaedah pembuatan alatan yang menggunakan plastik dan besi sebagai asas.

Pihak kami disambut dengan begitu baik oleh Pengarah Urusan SERVCO, Dato’ Mohd Radzi dan beberapa orang staf beliau yang terlibat.

Kunjungan susulan akan diadakan untuk melihat rekabentuk troli bagi memperhalusi  proses pembangunan pula.

Lihat gambar