Kunjungan Hormat Majlis Fatwa Kebangsaan, JAKIM ke CFiRST (2014)

jakim-01

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, 26 Januari – Pada 24 Rabiul Awal 1435 (Ahad), Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Y.Bhg. Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj. Husin diiringi oleh barisan kepimpinan tertinggi Bahagian Pengurusan Fatwa, JAKIM telah mengadakan kunjungan hormat ke CFiRST.

Kunjungan hormat berkenaan bertujuan membincangkan tentang penyelidikan terkini di CFiRST di samping meninjau potensi kolaborasi dalam bidang penyelidikan.

Antara topik utama dibincangkan ialah kolaborasi antara pihak Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, JAKIM, dan CFiRST ke arah projek penyelidikan dan pembangunan portal e-fatwa yang bersifat interaktif dan dinamik.

Model portal e-fatwa berkenaan mengambil contoh atau panduan pembangunan portal MyLiNE (Online Resources for Learning in English) yang dibangunkan dan diuruskan oleh pihak Akademik Bahasa, UTM.

Sehubungan itu, pihak CFiRST telah menjemput Prof. Madya Fatimah Bt. Puteh untuk membentangkan gambaran ringkas dan spesifikasi teknikal portal MyLiNE kepada pihak Majlis Fatwa Kebangsaan, JAKIM, dan CFiRST.

Sebagai respons, Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Y.Bhg. Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj. Husin meminta pihak CFiRST dan Akademi Bahasa, UTM untuk memperincikan pelan penyelidikan dan pembangunan portal e-fatwa untuk dibincangkan ke peringkat lebih tinggi.

Seterusnya, Y.Bhg. Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj. Husin diiringi oleh barisan kepimpinan tertinggi Bahagian Pengurusan Fatwa, JAKIM membuat kunjungan hormat ke Y.Bhg. Prof. Ir. Dr. Wahid bin Omar, Naib Canselor UTM bagi membincangkan ruang kerjasama antara pihak Bahagian Pengurusan Fatwa Kebangsaan dengan pihak UTM.

Sesi kunjungan hormat dan perbincangan juga telah membuka ruang baru kepada para penyelidik CFiRST dan UTM dalam meneroka bidang dan trend terkini isu penyelidikan yang boleh dibiaya oleh pihak Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan.

Sesi tersebut diakhiri dengan susulan kertas kerja cadangan penyelidikan dari pihak CFiRST.

Lihat gambar.