Kajian Kefatwaan Pemakaian Sutera

PLAZA ANGSANA, JOHOR BAHRU, 27 Febuari 2015- Pihak CFIRST telah mengedarkan sebanyak 200 set borang kaji selidik (Tajuk kajian : Pemakaian Fabrik Sutera dalam kalangan Lelaki Muslim) yang berlangsung selama 2 hari (27hb. Feb. – 28hb. Feb 2015, bersamaan 7 – 8 Jamadilawal 1436H), dari jam 11.00am hingga 06.00pm.

Seramai tujuh(7) orang staf CFIRST terlibat dalam menjayakan proses kutipan data ini, diketuai oleh PM. Dr. Arieff Salleh Rosman dan PM. Dr. Farahwahida Mohd Yusof selaku penyelidik utama. Manakala Nurul Husna Hussin, Siti Nur Attiya Shamsul Azhar, Ainul Kauthar Karim, Azrin Md Saion, dan Mohd Aiman Hakim Zayadi masing-masing merupakan enumerator dalam proses kutipan data ini.

Proses kutipan data ini dijalankan bagi mendapatkan jawapan dari segi kefahaman daripada masyarakat mengenai hukum pemakaian fabrik sutera bagi kaum lelaki Muslim