SYARAHAN PERDANA PROFESOR PELAWAT

Assalamu’alaikum Wr. Wb.,

JEMPUTAN MENGHADIRI SYARAHAN PERDANA PROFESOR PELAWAT

Y.Bhg. Prof./Dr./Saudara,

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Centre of Research for Fiqh Science & Technology (CFiRST) akan menganjurkan program Syarahan Perdana yang akan mengupas topik “Meninjau dan Mengenalpasti Kerjasama Penyelidikan Sains Halal dalam Kalangan Penyelidik di UTM”. Sehubungan itu, pihak CFiRST ingin menjemput Y.Bhg. Prof./Dr./Saudara untuk menghadiri program yang dianjurkan ini untuk berkongsi maklumat mengenai aktiviti penyelidikan di jabatan masing-masing.

Profesor Jemputan : Prof. Dr. Abdul Rohman, Universiti Gadjah Mada, Indonesia (Profesor pelawat CFiRST).

Antara objektif penganjuran program ini ialah:

a) Mempromosi nic area dan bidang penyelidikan yang dijalankan di CFiRST kepada semua Penyelidik di UTM supaya ruang kolaborasi sesama penyelidik di UTM dapat diwujudkan.

b) Memperkukuhkan bidang Sains Halal melalui integrasi disiplin ilmu yang lain.

Butiran program adalah sepertimana perincian berikut:

Nama Program : Syarahan Perdana Profesor Pelawat
Tarikh : 30 Oktober 2014 (Khamis)
Tempat : Dewan al-Marbawiy, Bangunan S45 (bersebelahan CFiRST)

Aturcara:

8.30 – 9.15am : Pendaftaran peserta dan minum pagi
9.15 – 9.20am : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
9.20 – 9.40am : Ucapan Aluan Pengarah CFiRST
9.40 – 11.40am : Syarahan Perdana “Meninjau dan Mengenalpasti Kerjasama Penyelidikan Sains Halal dalam Kalangan Penyelidik di UTM” oleh Prof. Dr. Abdul Rohman.
11.40am – 12.00 : Sesi Soal Jawab
12.00pm : Bersurai

Sekali lagi pihak CFiRST ingin mengalu-alukan kehadiran Y.Bhg. Prof./Dr./Saudara untuk menyertai program ini agar kepelbagaian penyelidikan di UTM dapat disemarakkan. Segala perhatian, kerjasama dan komitmen yang diberikan amat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, wassalam.