4th EXPOSITION ON ISLAMIC INNOVATION (2013)

i-inova2013-01

Pihak CFIRST diketuai PM. Dr. Farahwahida, dengan disertai Dr. Tamar Jaya, En. Shahrel Ahmad (RO), dan En. Azrin (RA) telah menyertai 4th EXPOSITION ON ISLAMIC INNOVATION (i-INOVA’13), pada 25 – 27 Oktober 2013, bertempat di USIM, Nilai, Negeri Sembilan.

Produk yang dipamerkan ialah hasil kajian dan pembangunan (awalan) kepada projek E-Tafsir ; Flora & Fauna dalam Al-Quran.

Beberapa cadangan, maklumbalas, dan input berguna kepada projek E-Tafsir diperoleh hasil penyertaan i-inova 2013. Selain itu, pihak CFiRST juga mendapat undangan dari beberapa IPTA untuk kerjasama penyelidikan berkaitan.

Lihat laman web i-INOVA 2013, atau
laman web Projek e-Tafsir ; Flora & Fauna dalam Al-Quran.

Muat turun aplikasi mobil (prototaip percubaan) Projek e-Tafsir ; Flora & Fauna dalam Al-Quran (Android sahaja).