Bengkel Perolehan Judul Anjuran Dewan Bahasa & Pustaka

Photo 9-23-14, 10 56 51 AM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, 23 September 2014 – Pihak CFiRST telah mengadakan Bengkel “Perolehan Judul Anjuran Dewan Bahasa & Pustaka” bertempat di Bilik Mesyuarat Abu Bakar, CFiRST bersamaan 28 Zulkaedah 1435H (Selasa) bermula 9.00am – 4.00pm.

Seramai tiga(3) ahli tetap CFiRST, seorang(1) pasca-kedoktoran, empat(4) pembantu penyelidik CFiRST terlibat menyertai bengkel ini.

Bengkel ini dikendalikan oleh seorang fasilitator iaitu Pn. Noriyani binti Yusoff (noriyani@dbp.gov.my), Pegawai Perancang Bahasa, Jabatan Penerbitan Umum, Dewan Bahasa & Pustaka.

Bengkel ini bertujuan memberi penerangan dan taklimat berkenaan penulisan buku dan karya asli dari aspek teknikal dan isi kandungan. Fokus penerbitan bagi bengkel ini ialah “Ensiklopedia Tafsir Ilmi ; Flora & Fauna Dalam Al-Quran”.

Diharapkan bengkel ini adalah permulaan positif kepada CFiRST dan pihak UTM untuk lebih maju dalam bidang penerbitan terutama berkaitan fiqh, sains dan teknologi.

Lihat gambar sekitar bengkel di sini