Bengkel Penyuntingan Skrip Dokumentari HAYATI – Astro Oasis

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, 28 Januari – Pihak CFiRST telah mengadakan Bengkel Penyuntingan Skrip Program Hayati bertempat di Dewan Marbawy, Universiti Teknologi Malaysia, pada 26 Rabiul Awal 1435H (bersamaan 28 Januari 2014, Selasa) hingga 27 Rabiul Awal 1435H (bersamaan 29 Januari 2014, Rabu).

Seramai lima(5) ahli tetap dari CFiRST, seorang(1) pensyarah dari Fakulti Tamadun Islam, seorang(1) pegawai penyelidik CFiRST, dan tiga(3) orang pembantu penyelidik CFiRST terlibat menyertai bengkel ini.

Bengkel ini bertujuan membuat suntingan dan pengesahan skrip dokumentari HAYATI iaitu berkaitan Islam dan Sains yang diterbitkan oleh Kemalak Communication Sdn Bhd. Dokumentari ini bakal disiarkan di Astro Oasis.

Diharapkan bengkel ini adalah permulaan positif kepada CFiRST untuk lebih maju dalam usaha kerjasama penyelidikan universiti dengan pihak industri.

Lihat Gambar