BENGKEL METODOLOGI PENYELIDIKAN FATWA JMNS – CFIRST

kch-bp040215-mtu-mufti-p1-

BENGKEL METODOLOGI PENYELIDIKAN FATWA DAN HUKUM JABATAN MUFTI SARAWAK DAN MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA KERAJAAN NEGERI SARAWAK DAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

4 FEBRUARI 2015 (14 RABIUL AKHIR 1436H) DI GRAND MARGHERITA HOTEL, SARAWAK

SARAWAK, 4 FEBRUARI 2015 – Pusat Penyelidikan Fiqh Sains & Teknologi (CFiRST) yang mewakili Universiti Teknologi Malaysia telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dalam bidang kefatwaan dengan Jabatan Mufti Negeri Sarawak (JMNS).

MoU ini bertujuan membentuk persefahaman dan jalinan kolaborasi dalam bidang penyelidikan isu-isu fiqh semasa masyarakat serta mengukukan hubungan pihak terlibat dalam meneroka bidang penyelidikan dan kefatwaan.

Pengarah Pusat Penyelidikan Fiqh Sains & Teknologi, Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman berkata, perjanjian ini merupakan satu usaha untuk memperteguh dan memartabatkan institusi kefatwaan di peringkat kebangsaan di samping menggalakkan budaya penyelidikan dan pembangunan di peringkat institusi keIslaman.

Sebagai makluman, Jabatan Mufti Negeri Sarawak merupakan sebuah agensi Kerajaan Negeri yang berperanan sebagai badan yang bertanggungjawab dalam hal ehwal kefatwaan dan berperanan sebagai sumber rujukan utama berkaitan hukum dalam mencapai kesejahteraan ummah.

Lihat liputan Borneo Post di sini