Bengkel “Certified Halal Trainers”

pict_bengkel_halal

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, 10 Ogos 2014 – Pihak CFiRST telah mengadakan Bengkel “Certified Halal Trainers” bertempat di Dewan Marbawy, Universiti Teknologi Malaysia, pada 14 Syawal 1435H (bersamaan 16 Ogos 2014, Ahad) hingga 20 Syawal 1435H (bersamaan 16 Ogos 2014, Sabtu).

Seramai sepuluh(10) peserta dari CFiRST, seorang(1) pensyarah dari Institute Of Bioproduct Development (IBD UTM), dua(1) pensyarah dari Faculty of  Biosciences and Medical Engineering (FBME UTM), tiga(3) pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan Kimia (FKK UTM), dan tiga(3) pensyarah dari Fakulti Komputeran (HOLISTICs UTM) terlibat menyertai bengkel ini.

Bengkel ini dikendalikan oleh seorang fasilitator iaitu Puan NorHaizam Bt. Md Sani dari NMS Consultant, dan dua orang penceramah jemputan iaitu Ustaz Amri B. Abdullah dari JAKIM dan Prof. Madya Zulkifli Mat Hashim dari Institiut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia.

Bengkel ini bertujuan melatih dari segi pengetahuan dan kemahiran mengenai prosedur pensijilan halal di Malaysia serta melatih para peserta mengenai industri halal di Malaysia.

Diharapkan bengkel ini adalah permulaan positif kepada CFiRST dan pihak UTM untuk lebih maju dalam kerjasama penyelidikan universiti khusus berkaitan dengan bidang halal.

Lihat gambar sekitar program di sini