Bengkel “Bina Silibus Kaunseling Islam”

IMG-20140925-WA0004

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, 22 September 2014 – Pihak CFiRST telah menganjurkan Bengkel “Bina Silibus Kaunseling Islam” bertempat di Dewan Al-Marbawy, Bangunan S45, Universiti Teknologi Malaysia pada 22 – 24 September 2014 (bersamaan 27 – 29 Zulkaedah 1435H).

Seramai 12 peserta yang terdiri dari pensyarah IPTA dan IPTA (UUM, USM, UNISZA, UPSI, KUISAS, KITTAB, dan Kolej Insaniah) dengan pihak CFIRST yang diketuai Dr.Siti Norlina Muhammad sebagai urus setia terlibat menyertai bengkel ini.

Bengkel ini mempunyai matlamat berikut :

  • Menawarkan program diploma/sarjana muda/sarjana kaunseling islam di IPTA/IPTA
  • Menyediakan silibus untuk dihantar ke MQA dan lembaga kaunselor Malaysia
  • Silibus yang dihasilkan mengintegrasikan ilmu kaunseling dengan Islam dan bukannya kelihatan dua bidang berasingan seolah-olah diploma kaunseling dan diploma Pengajian Islam dan begitulah di peringkat sarjana muda dan sarjana.
  • Pelajar akhirnya dapat mengamalkan kaunseling islam dan bukannya melihat seolah-olah kaunseling satu bidang manakala Islam satu perkara yang lain.
  • Program kaunseling Islam ditawarkan oleh mana – mana IPTA/IPTS mulai tahun 2015 sama ada menggunakan Alternatif A atau Alternatif B.
  • Alteratif A : Matapelajaran baru sepenuhnya untuk program kaunseling Islam.
  • Alternatif B : Matapelajaran konvensional pengkhususan kaunseling Islam.

Diharapkan bengkel ini adalah permulaan positif kepada CFiRST, UTM, dan para peserta untuk meluaskan lagi peranan kaunselor Muslim menerusi pengenalan mata pelajaran kaunseling Islam di IPTA / IPTS untuk memantapkan pembangunan sahsiah dan akhlak dalam kalangan masyarakat.

Lihat koleksi gambar di sini