ANUGERAH PENERBITAN 2013

ANUGERAH PENERBITAN

Dimaklumkan kepada semua staf akademik bahawa university akan menganjurkan Majlis Citra Karisma 2014.

Sempena majlis ini, sebanyak 4 kategori Anugerah Penerbitan akan diberikan kepada Research Alliance/staf yang cemerlang dalam mengangkat martabat disiplin penerbitan universiti. Kategori anugerah tersebut ialah:

  • ANUGERAH PENERBITAN: Anugerah ini diberikan kepada Research Alliance yang cemerlang dalam disiplin penerbitan.
  • ANUGERAH TOKOH PENERBITAN: Calon bagi kategori ini boleh terdiri daripada, Dicalonkan oleh fakulti/RA atau dicalon oleh rakan sekepakaran.
  • ANUGERAH PENULIS DALAM JURNAL BERINDEKS: Pencalonan dibuka bagi hasil penulisan (makalah/artikel) staf Research Alliance yang diterbitkan dalam jurnal berindeks pada tahun 2013.
  • ANUGERAH BUKU KARYA ASLI: Karya yang diterbitkan pada tahun 2013 oleh Penerbit UTM Press secara automatic dicalonkan bagi kategori anugerah ini. Pencalonan juga terbuka bagi karya staf yang diterbitkan oleh penerbit luar.

Penyertaan pencalonan hendaklah melalui Dekan Penyelidikan/Dekan Fakulti/Pengerusi Jawatankuasa Penerbitan peringkat fakulti.

Tarikh tutup penghantaran ke Dekan RA (K-Economy) pada 25 Mac 2014 (SELASA) pada pukul 5.00 petang bagi membolehkan pihak RA memproses/ menilai dalam tempoh 2 hari bekerja.

Dekan Penyelidikan/Dekan Fakulti/Pengerusi Jawatankuasa Penerbitan peringkat fakulti perlu menyerahkan pencalonan tersebut sebelum atau pada 30 Mac 2014 (Ahad)

selewat-lewatnya pada pukul 5.00 petang kepada Urus Setia di Pejabat Penerbit UTM Press. Pencalonan yang lewat tidak akan diterima.

Pencalonan yang tidak mengikut syarat yang ditetapkan secara automatik terbatal.

Keputusan panel adalah muktamad.

 

K-Economy Admin

27/2/2014